Motivasi

Tak semua perkara yang kita rancang menjadi. Ada masanya kita akan rasa down dan hilang motivasi. Di saat itu, kita akan mencari pelbagai cara dan hala tuju untuk mencari semangat kembali
.
Salah satunya ialah menerusi kata-kata semangat yang diberikan oleh kawan atau saudara mara kita dan akhirnya ia akan kembali kepada diri kita sendiri jua untuk memilih bahagia atau meratapi derita
.
Kata-kata motivasi salah satu teknik yang sangat berkuasa apabila digunakan dengan betul. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita percaya, apa yang kita rasa semuanya bermula dan ditentukan oleh kita sendiri
.
Hanya satu perkara yang kita ada kuasa sepenuhnya iaitu fikiran dan mindset. Manusia tidak akan bertindak bersungguh-sungguh selagi sentiasa berada dalam zon selesa sehingga dia mencapai titik terbawah di situ sebenarnya titik perubahan ia bermula ❤
.
Jangan cepat mengalah sahabat kerana kita tak tahu titik mana yang akan menemukan kita dengan kejayaan sebenar. Terus melangkah 💪

#kakraatu#roadtour2023#ladiesenergybooster#memahaminaluriwanita#tujuhratu#ibusambai#jamumoden

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *