Cara terbaik untuk mengubah keadaan ialah melalui tindakan, siapa kita bertemu, apakah rutin harian kita dan bagaimana perkataan kita

.

Semua ini akan menentukan result yang bakal kita hasilkan. Nak berjaya bukan hanya follow orang berjaya tetapi bagaimana kita melihat beliau berjaya itu adalah perkara terpenting

.

Terima kasih cikpuan Rossarita Rossarita jelitawan berserta kecantikan luar biasa atas kesudian kopi-kopi semalam, kakRatu dan team sangat menghargai masa yang cikpuan luangkan ❤ ada ruang masa kita pasti bekerjasama nanti. InshaAllah dengan izin Allah

#kakraatu#roadtour2023#ladiesenergybooster#memahaminaluriwanita#tujuhratu#jusdalamanwanita#jamumoden#bongkarrahsiausahawanbangkitberjaya

Tak semua perkara yang kita rancang menjadi. Ada masanya kita akan rasa down dan hilang motivasi. Di saat itu, kita akan mencari pelbagai cara dan hala tuju untuk mencari semangat kembali
.
Salah satunya ialah menerusi kata-kata semangat yang diberikan oleh kawan atau saudara mara kita dan akhirnya ia akan kembali kepada diri kita sendiri jua untuk memilih bahagia atau meratapi derita
.
Kata-kata motivasi salah satu teknik yang sangat berkuasa apabila digunakan dengan betul. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita percaya, apa yang kita rasa semuanya bermula dan ditentukan oleh kita sendiri
.
Hanya satu perkara yang kita ada kuasa sepenuhnya iaitu fikiran dan mindset. Manusia tidak akan bertindak bersungguh-sungguh selagi sentiasa berada dalam zon selesa sehingga dia mencapai titik terbawah di situ sebenarnya titik perubahan ia bermula ❤
.
Jangan cepat mengalah sahabat kerana kita tak tahu titik mana yang akan menemukan kita dengan kejayaan sebenar. Terus melangkah 💪

#kakraatu#roadtour2023#ladiesenergybooster#memahaminaluriwanita#tujuhratu#ibusambai#jamumoden

Kak Ratu pernah terbaca sebuah kisah tentang Mohammed Hussein al-Amoudi, seorang pemuda kaya-raya yang lahir di Ethiopia, Mesir. Salah satu yang menjadi rahsia kejayaan beliau adalah KOMITMEN

.

Menurutnya, kekayaan yang dimilikinya selama ini adalah disebabkan komitmen yang dimiliki untuk meraih kejayaan. Dalam perniagaan, seseorang itu perlu memiliki komitmen yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukannya. Komitmen yang tinggi akan menghasilkan result yang berkualiti dalam perniagaan

.

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha yang gigih – Kata Motivasi. Apa pun jangan lupa selawat pagi ni, salam sayyidul ayyam ❤

#kakraatu#roadtour2023#ladiesenergybooster#memahaminaluriwanita#tujuhratu#ibusambai#jamumoden#emceemalaysia